Parti Kerjasama Anak Negeri

  • HOME
  • MAKLUMAT PARTI
  • PEMIMPIN
  • KENYATAAN RASMI
  • MEDIA
  • PAUTAN BERITA PKAN
  • MEDIA SOSIAL
  • ARKIB
  • …  
    • HOME
    • MAKLUMAT PARTI
    • PEMIMPIN
    • KENYATAAN RASMI
    • MEDIA
    • PAUTAN BERITA PKAN
    • MEDIA SOSIAL
    • ARKIB
    Facebook

    Parti Kerjasama Anak Negeri

    • HOME
    • MAKLUMAT PARTI
    • PEMIMPIN
    • KENYATAAN RASMI
    • MEDIA
    • PAUTAN BERITA PKAN
    • MEDIA SOSIAL
    • ARKIB
    • …  
      • HOME
      • MAKLUMAT PARTI
      • PEMIMPIN
      • KENYATAAN RASMI
      • MEDIA
      • PAUTAN BERITA PKAN
      • MEDIA SOSIAL
      • ARKIB
      Facebook

      Parti Anak Negeri sedia berpakat dengan Star, SAPP

      Sebuah parti tempatan Sabah yang agak kabur, Parti Anak Negeri, kini sedang meninjau kemungkinan untuk bergabung tenaga dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

      Section image

      "Saya telah menyampaikan hasrat parti secara langsung kepada Jeffrey Kitingan dan Yong Teck Lee," kata Henrynus kepada Malaysiakini merujuk kepada masing-masing Presiden Star dan SAPP.

      Untuk rekod, walaupun Jeffrey dan Yong masih belum memeterai sebarag pakatan secara rasmi, kedua-duanya parti secara terbuka memberi isyarat bahawa parti terbabit bersedia untuk bertanding di semua 73 kerusi DUN di bawah panji bersama.

      Star dan SAPP baru-baru ini dipecat daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas mengumumkan rancangan untuk bertanding di bawah logo sendiri.

      Henrynus merupakan bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Kinabalu antar a1995 hingga 1999.

      Dalam PRN kali ini, katanya, parti berkenaan bersedia meletakkan calon selepas mengadakan perundingan peringkat dalaman.

      Parti itu, tegasnya, berdiri atas laungan dua slogan iaitu "Sabah untuk orang Sabah" dan "Keadilan untuk Sabah" - yang merupakan seruan jelas bagi kebanyakan parti yang berpangkalan di negeri tersebut.

      “Ini bukan slogan kosong. Sabah berdepan ancaman eksistensial, daripada kejuruteraan demografi dan keengganan Putrajaya untuk memulihkan 40 peratus hak pendapatan kami - kepada kemiskinan, pengangguran belia dan pengaruh politik wang yang menghakis.

      "Ini adalah isu-isu yang kami akan bawa ke depan," katanya.

      Kali pertama Parti Anak Negeri bertanding dalam pilihan raya umum ialah pada 2018 tetapi kemudian seperti berada di bawah radar perhatian ramai pada tahun-tahun berikutnya.

      Henrynus diingati ramai sebagai penyokong kuat hak orang asli dan autonomi negeri, tetapi kembali terlibat secara aktif dalam politik untuk membawa kegelisahan masyarakat Kadazandusun Murut menjelang pilihan raya.

      Parti-parti lain berasaskan etnik berkenaan selama ini kekal bergerak berpisah-pisah dalam landskap politik Sabah.

      PBS yang kini diketuai oleh Joachim Gunsalam kekal dalam gabungan GRS manakala dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) yang diketuai oleh Edown Benedick pula sebahagian daripada PH.

      Parti Keharmonian Sosial Demokratik - dengan ketua de factonya Peter Anthony kini dipenjarakan - diketuai oleh pemangku presiden dan anak perempuannya, Priscella Anthony.

      Sejak 2018, kebangkitan Warisan di bawah Shafie Apdal mematahkan cengkaman Umno ke atas kubu kuat Muslim-bumiputera, meninggalkan keseimbangan kuasa di tangan blok KDM yang lebih kecil seperti Star dan Upko pada masa itu.

      As appeared on Malaysia Kini on 10 October 2025 - https://www.malaysiakini.com/news/757592

      Previous
      Anak Negeri backs STAR and SAPP’s exit from GRS, calls...
      Next
       Return to site
      strikingly iconPowered by Strikingly
      Cookie Use
      We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
      Accept all
      Settings
      Decline All
      Cookie Settings
      Necessary Cookies
      These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
      Analytics Cookies
      These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
      Preferences Cookies
      These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
      Save